Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment
Erdogan tidak akan melepaskan individu yang cuba menjatuhkannya.

ANKARA - TURKI.Konflik politik di Turki dipercayai mempunyai agenda tersendiri dan campur tangan asing.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan menyeru 76 juta rakyat negara itu supaya mempertahankan diri dan maruah negara dengan menolak sebarang anasir luar.

“Sejarah tidak mengampuni pengkhianat atau perancang dalam permainan kotor ini. Ingat, serangan ini dilakukan tanpa pengecualian, oleh itu anda diingatkan supaya sentiasa bersedia,” katanya.

Menurutnya, individu yang merancang menjatuhkan Turki sememangnya iri hati terhadap kejayaan ekonomi, dasar luar dan keupayaan melaksanakan projek global berskala besar.

“Saya juga tidak teragak-agak mengusir diplomat asing yang terlibat dalam agenda provokatif untuk menumbangkan kerajaan ini kerana Turki tidak memerlukan individu sedemikian. Saya mengingatkan kepada diplomat asing supaya menumpukan perhatian kepada bidang tugasan masing-masing dan jangan mencampuri urusan dalam negara kami,” katanya kepada Press TV.  

Erdogan kini diambang kejatuhan selepas beberapa menteri dan pegawai kanan polis bertindak meletak jawatan selepas didapati terlibat dalam skandal rasuah.

0 comments:

Post a Comment