Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – PAS Terengganu menggesa Yayasan Islam Terengganu (YIT) menarik balik tindakan menamatkan kontrak 300 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mendakwa, pegawai YIT perlu menarik balik tindakan itu untuk mengelak mereka terus menanggung dosa kerana menzalimi guru terbabit.

“Menghukum seseorang yang tidak bersalah adalah satu tindakan yang zalim dan berdosa, begitu juga tindakan memecat mana-mana pihak yang tidak bersalah.

“Pengarah YIT tidak harus menanggung dosa malah menambah dosa dengan bercakap tidak benar dan menafikan tindakan memecat guru KAFA tersebut adalah kerana ‘politik’ semata-mata,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Satiful Bahri turut mendakwa, seorang pegawai YIT melalui laman sosial mengakui seorang guru Kafa itu mesti menyokong parti tertentu sekiranya mahu terus mengajar.

Dakwanya, pegawai YIT itu juga mendedahkan setiap guru yang mahu disambung perkhidmatan mesti mendapat sokongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Tidak ada belas ihsan langsung kepada guru terbabit yang juga ibu bapa, mereka hilang mata pencarian ketika sibuk menghadapi persiapan anak kembali ke sekolah,” katanya lagi.

Media semalam bagaimanapun melaporkan, penamatan kontrak 300 guru Kaf di Terengganu dibuat berdasarkan faktor prestasi kerana kerajaan negeri memerlukan guru yang berwibawa, berkebolehan dan berdedikasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dipetik berkata,keputusan itu diambil berasaskan penilaian oleh YIT yang mempunyai sistem pengukuran prestasi untuk kakitangannya.

0 comments:

Post a Comment