Beirut – Seminggu selepas serangan bom yang mengorbankan bekas Menteri Kewangan Lubnan, Mohammed Chatah, Beirut sekali lagi digegarkan letupan.
Lima disahkan terbunuh sementara 77 lagi cedera di Haret Hreik, kawasan yang dikuasai Hezbollah.
Menteri Kesihatan Lubnan, Ali Hassan Khalil mengesahkan perkara tersebut.
Punca letupan masih dalam siasatan namun pihak berkuasa tempatan percaya ia berpunca daripada bom kereta.
Jika disahkan benar, bermakna ini merupakan gelombang serangan bom terbaru di Lubnan yang terkena tempias perang saudara jirannya, Syria.
Menteri Dalam Negeri, Marwan Charbel menyifatkan letupan tersebut berpunca daripada pengebom berani mati.
Bagaimanapun, jurufoto AFP mengakui melihat beberapa buah kenderaan yang hangus terbakar serta mengeluarkan kepulan asap yang banyak.
Serangan nekad sejak beberapa bulan lalu menyaksikan kejiranan Sunnah dan Syiah dijadikan sasaran.
Menurut stesen televisyen, Manar TV yang dikawal Hezbollah, letupan berlaku hanya beberapa ratus meter dari pejabat pertubuhan berkenaan.
Haret Hreik terletak tidak jauh dari Bir el Abed, lokasi bom kereta yang meragut 20 nyawa Ogos lalu.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber/Foto: Washington Post & AFP
0 comments:
Post a Comment