Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

Kuala Lumpur – Kadar penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang terus meningkat terutama waktu puncak sebelah pagi, demikian menurut kajian tahunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Kajian itu menunjukkan peratus penggunaan pengangkutan awam pada 2013 ialah 20.8 peratus, meningkat 1.2 peratus daripada 19.6 peratus pada 2012.

SPAD dalam satu kenyataan semalam berkata, jumlah perjalanan yang dibuat waktu puncak sebelah pagi juga meningkat sembilan peratus kepada 5.7 juta perjalanan pada 2013 berbanding 5.3 juta perjalanan tahun sebelumnya.

“Pada 2013, penumpang sebelah pagi setiap hari ialah 827,000 berbanding 635,000 pada 2012,” kata kenyataan itu.

Kajian itu juga mendapati penumpang rel bandar juga melepasi penumpang bas memandangkan rel menyumbang 52 peratus bagi pengguna pengangkutan awam.

Menurut kenyataan itu, jumlah penumpang pada waktu puncak sebelah pagi bagi KTM Komuter meningkat kepada 51,200 pada 2013 berbanding 34,700 pada 2012 (meningkat 48 peratus).

Bagi pengguna LRT pula, jumlah penumpang juga meningkat kepada 21,500 berbanding 15,400 (2012) (meningkat 40 peratus); Monorail kepada 192,200 (2013) daripada 136,700 (2012) (meningkat 40 peratus) dan penumpang ERL kepada 6,200 tahun lepas berbanding 4,800 pada 2012 (meningkat 29 peratus). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment