Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

KUANTAN – Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) menyasarkan 20,000 hektar tanah ladangnya di seluruh negara menjalankan projek tanaman semula, tahun ini.

Pengurus Besar Kumpulan Pentadbiran dan Modal Insan Felcra Berhad, Jahare Abu Bakar berkata 6,000 hektar daripada jumlah itu akan dilaksanakan pada suku pertama tahun ini.

Selain itu, katanya seiring dengan projek penanaman semula tersebut, peserta Felcra turut diberikan projek tanaman selingan bagi memastikan pendapatan harian mereka tidak terputus.

Beliau berkata tanaman selingan yang diusahakan sepanjang tempoh itu termasuk pisang berangan, nanas, ubi dan tebu.

“Kita tidak mahu peserta Felcra hilang punca pendapatan sementara menunggu pokok baru matang.

Melalui perusahaan tanaman selingan, mereka boleh mendapat RM500 bagi setiap hektar tanaman yang diusahakan,” katanya kepada pemberita di majlis penyampaian bantuan persekolahan kepada pelajar mangsa banjir di Kampung Semangat dekat sini, semalam.

Katanya kesemua jenis tanaman selingan tersebut mendapat permintaan tinggi terutamanya pisang berangan yang berharga RM1.20 sekilogram.

Pada majlis itu, Felcra menyerahkan kelengkapan persekolahan bernilai RM100 kepada 100 pelajar di sekitar kampung tersebut yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda Pahang awal bulan lepas.

Jahare berkata, selain Pahang, program bantuan itu juga melibatkan mangsa banjir di Terengganu dan Johor yang membabitkan peruntukan RM400,000.

“Sumbangan ini adalah satu daripada tanggungjawab sosial korporat kita yang tidak hanya menghadkan kepada peserta Felcra,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment