SELEPAS beberapa minggu fenomena ‘belalai air’ berlaku di Johor, penduduk di Miri, Sarawak pula mengalami fenomena yang sama.
Melalui Facebook ‘I Love Sarawak’, kejadian alam ini dirakamkan di Sungai Tujuh yang merupakan sempadan antara Miri dan Brunei.
Bagaimanapun, mungkin kerana ramai yang sudah memahami bahawa ia bukanlah puting beliung, situasi ini tidak mencetuskan suasana terlalu panik seperti sebelum ini.
Menurut beberapa pihak, kejadian ini kerap berlaku di kawasan laut tropika terutamanya sebelum hujan kerana pertembungan angin laut.
Belalai air juga akan lenyap dengan sendirinya selepas beberapa ketika.
0 comments:
Post a Comment