Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

Pemenang program Projek Metro 2013, Khairun Norliza Khairudin atau Liza, 27, kini diberi kesempatan mengendalikan konti radio Hot FM bersama dua deejay mereka iaitu Ikhwan dan Kieran.

Liza mengendalikan program Hot FM Jam yang bersiaran pada jam 4 petang hingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Mengakui sebagai orang baru, Liza sedikit kekok apabila dikehendaki mengendalikan tugasannya itu.

“Sebagai permulaan, saya dikehendaki mengikuti kelas latihan penyampai radio pada jam 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat dan mengendalikan program Hot FM Jam pada sebelah petang.

“Penyampai radio perlu pandai berinteraksi dengan pendengara secara bersantai dan relaks,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Walaupun kekok pada permulaannya, namun menurut Liza, hasil tunjuk ajar daripada Ikhwan dan Kieran kini dirinya sudah dapat menyesuaikan diri dan mewujudkan keserasian di antara mereka bertiga.

Pada peringkat akhir Projek Metro lalu, Liza berjaya menewaskan dua calon akhir iaitu Nur Hafizah Md Saad (Fiza) dan Nurfakhira Che Abdul Muhsin (Iera) sekali gus membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM20,000 serta mengikat kontrak setahun dengan Harian Metro, Hot FM dan TV3.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment