CHEF selebriti, Jamie Oliver mungkin hebat dalam mengajar orang ramai mengenai pengambilan makanan yang sihat, namun dia mengakui yang dia bukanlah bapa yang terbaik untuk mengajar anak-anaknya.
Mengakui yang dia kerap ‘menghasut’ anak-anaknya supaya tidak menyiapkan kerja sekolah, dia berkata bahawa dia akan terkejut jika ada di antara mereka yang akan menyambung pelajaran ke universiti.
“Saya tak tahu adakah ia mesti begitu? Di Korea dan Jepun, anak-anak mereka berada di sekolah antara 14 hingga 16 jam sehari. Adakah begitu caranya?
“Anak saya memperuntukkan masa dua jam untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Selepas satu jam, saya akan meminta mereka berhenti dan mengajak mereka melakukan sesuatu yang lebih menyeronokkan,” ujar Oliver.
Ayah kepada Poppy, 11, Daisy, 10, Petal, 4, dan Buddy, 3, itu pernah mengalami gangguan pembelajaran atau disleksia pada zaman kanak-kanaknya dan hanya mula membaca novel pertamanya pada tahun lalu.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment