KUCHING – Lebih 400 pelajar dari dua buah sekolah di Sarawak tidak dapat memulakan sesi persekolahan mereka hari ini selepas sekolah mereka dilanda banjir.
Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdillah Adam hari ini berkata pelajar-pelajar terlibat adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nyalau di bahagian Bintulu dan SK Deshon Sibu.
“Sekolah-sekolah ini ditangguhkan operasi buat sementara sehinggalah keadaan cuaca mengizinkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pelajar-pelajar terbabit merupakan antara 465,414 orang yang dijangka memulakan sesi persekolahan di negeri ini. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment