Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 2, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis berjaya melumpuhkan sindiket Black Money didalangi tiga lelaki warga China selepas menahan mereka di sebuah hotel apartmen di Jalan Ampang pada 26 Disember tahun lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, polis merampas 5,373 keping dipercayai wang palsu USD100 dan 831 keping dipercayai wang palsu RM100 dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.7 juta

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izzany Abdul Ghani berkata, suspek berusia 45 hingga 54 tahun itu disyaki menjadikan hotel apartmen terbabit sebagai tempat transit menyimpang barangan yang dirampas.

Menurutnya, ini kes pertama tangkapan membabitkan warga China kerana sindiket Black Money kebiasaannya didalangi warga Afrika.

“Suspek telah memasuki negara ini sekitar 2011 dan mula mendiami hotel apartmen itu pada penghujung 2012,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, tadi. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment