Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

Di saat Pemuda PAS Selangor mengancam untuk memboikot PRK Kajang, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyuarakan pendapat yang tidak senada.

Dalam status yang dimuatnaik di Facebook, Nik Aziz mengakui dia sendiri tidak tahu menahu tentang strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR)  mengosongkan kerusi DUN Kajang dan masih menunggu penjelasan mengapa hal ini terjadi.

Begitu pun Nik Aziz menegaskan bahawa kuasa eksklusif yang mewakili respon parti tersebut sewajarnya datang daripada Presiden PAS, Datuk Sri Abdul Hadi Awang.


Secara tak langsung, status ini dilihat menegur tindakan Pemuda PAS yang menyuarakan ancaman untuk memboikot PRK Kajang.

Tindakan Pemuda PAS bagaimanapun difahami umum kerana ia dipercayai mewakili perasaan kecewa mereka terhadap keputusan peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh tanpa sebab kukuh dan pencalonan Anwar sebagai calon PRK yang langsung tidak dibincangkan dengan parti berkenaan.

Nampaknya, percaturan politik yang disusun Anwar sekarang tak pasal-pasal membuatkan PAS turut mendapat kesan dalaman.

Bertemakan kerusi panas MB Selangor, asalnya cuma orang PKR iaitu Khalid dan Azmin sahaja bercakaran tetapi kini organisasi dalaman PAS turut bergolak.

Dapat dilihat ada satu pihak memilih pendirian sama seperti Nik Aziz iaitu tunggu saja sampai Anwar teringat untuk mengajak mereka bersama-sama berbincang sebelum buat keputusan; manakala satu pihak lagi bertindak menyuarakan perasaan marah dan kecil hati mereka sebab dipinggirkan. - REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment