Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

PENDAKWAH  Bebas,  Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar melalui laman Facebooknya menegur cadangan untuk membuka restoran Hard Rock Cafe di Putrajaya yang dirancang  bakal mula beroperasi tahun ini.

Menurut beliau, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah berusaha untuk menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar sifar maksiat dan pembinaan ini menyimpang jauh dari kewajaran itu.

“Saya tidak pasti cadangan ini sudah mendapat restu daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Masjid besar iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan ada di Putrajaya, tidakkah timbul kesedaran bahawa ianya jika benar terlaksana ianya sebagai pembuka laluan besar ke arah kemaksiatan yang lebih kritikal,” katanya dalam status Facebooknya.

Jika terlaksana, Hard Rock Cafe Putrajaya bakal menjadi premis kelima restoran bertaraf dunia itu selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu di Malaysia.

Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat berkata tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir telah bersetuju membuka pusat hiburan dan juga restoran itu di Menara Ikhlas di Presint 3 di Putrajaya.


Ia akan menjadi tarikan terbaru di sini termasuk peminat-peminat motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson dan juga golongan muda,” katanya kepada pemberita hari ini.

Aseh turut mengiringi Syed Yusof melawat Menara Ikhlas di Presint 3.

Jika anda ingin mengikuti perkembangan dan perkongsian Ustaz Tuan Asmawi, anda boleh ke laman Facebook beliau di SINI

Dalam usaha ubtuk memastikan Putrajaya tidak bertukar menjaid bandar maksiat, beliau juga melancarkan sebuah page baru dikenali sebagai

0 comments:

Post a Comment