DI negara China, berjuta-juta rakyatnya bakal bergerak beramai pulang ke kampung untuk menyambut bersama-sama perayaan itu bersama keluarga di kampung di kawasan pedalaman China.
Di sana, perjalanan untuk pulang ke kampung halaman memakan masa puluhan jam untuk sampai ke destinasi.
Di blog serius, dikongsikan beberapa foto menunjukkan keadaan di sebuah gerabak keretapi di China selepas satu perjalanan selama 30 jam.
Kelihatan longgokan sampah yang banyak dikumpulkan dalam gerabak keretapi di sana ekoran penumpang yang ramai.
Sampah berkenaan adalah yang berada dalam keretapi L426 perjalanan dari Shenzhen ke Zhenzhou pada 22 Januari lepas.
Kementerian Pengangkutan China menganggarkan sebanyak 3.62 bilion perjalanan akan dibuat di seluruh China selama kira-kira 40 hari sepanjang musim percutian sempena perayaan musim bunga. - IBNU K
0 comments:
Post a Comment