Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

TAIPING - “Jangan risau apa-apa, kamu sekarang sudah dibebaskan,” demikian kata Pengarah Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Penolong Komisioner Penjara, Mohd Roslen Ramli kepada semua enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka dibebaskan pada jam 8.30 pagi tadi di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di sini.

Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang warga Filipina yang merupakan anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditahan sejak 14 November 2011.

Rakyat Malaysia tersebut ialah Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah dan Bakar Baba.

Sementara, dua warga negara Indonesia ialah Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, manakala warganegara Filipina ialah Muadz Hakim.

Dengan pakaian biasa, wajah setiap daripada mereka kelihatan tenang dan seolah-olah menggambarkan kegembiraan dan rasa syukur dengan pembebasan hari ini.

Sebelum melangkah keluar dari pintu utama kem tahanan berkenaan sambil membawa beg dan kotak berisi barangan peribadi, kesemua mereka sempat meluangkan masa berbual-bual seketika dengan sebahagian pegawai dan petugas kem selain merakamkan gambar bersama-sama.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada petugas dan pegawai di kem berkenaan atas penjagaan sepanjang dua tahun di situ.

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan enam tahanan terakhir ISA itu dibebaskan hari ini.

Pembebasan tahanan ISA ini berikutan pemansuhan akta tersebut dan digantikan dengan penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai 2012. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment