Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

ENTAH kenapa, banyak dilihat video remaja tidak kira lelaki atau perempuan bergaduh sesama sendiri dalam masalah cinta. Pastinya ada pergaduhan yang melibatkan dua pihak sama ada merebut perempuan ataupun lelaki.

Dalam satu rakaman video di laman Youtube menunjukkan tiga orang adik-beradik yang bergaduh pasal seorang ‘makwe’.

Penulis pun tidak tahu ini keluarga yang macam mana, apabila si emak yang mungkin suara di belakang video itu hanya duduk memerhatikan dan memarahi jauh tanpa mahu masuk campur bagi meleraikan pergaduhan itu.

Apabila pergaduhan itu sudah melarat sampai ke luar rumah dan melibatkan kecederaan barulah si ibu berlari keluar bimbangkan keadaan anak-anaknya yang bergaduh.

Salah seorang daripada mereka dilihat mengalami kecederaan di kepala sehingga berlumuran darah.

Tidak diketahui siapa yang sebenarnya merakam video pergaduhan adik-beradik ini sama ada ibunya atau ahli keluarga yang lain.

Perlakuan mereka berdua pula tidak ubah seperti samseng kesemuanya, yang sanggup bergaduh adik-berdik hinggakan berdarah-darah.

Apa kena budak-budak zaman sekarang ni?

Oleh : IBNU K

0 comments:

Post a Comment