Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

PERSOALAN yang sering dimainkan di dalam kepala seseorang ialah, adakah semua orang kafir akan terus dihantar atau dimasukkan ke dalam neraka atau mereka mempunyai harapan untuk dimasukkan ke dalam neraka?

Dalam satu video di laman YouTube, Ustaz Majed Mahmoud dalam video The Daily Reminder menjelaskan keadaan ini dengan jelas merujuk kepada kematian dua ikon bukan Islam iaitu pelakon Paul Walker dan bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela yang baru-baru ini sudah meninggal dunia.

Dalam video berkenaan Ustaz Majed berkata sebelum membuat penghakiman sesiapa yang meninggal dunia sebagai orang bukan Islam akan dimasukkan ke terus ke dalam neraka, beberapa perkara harus diberikan perhatian.

“Ada kumpulan yang belajar mesej berkenaan Islam dan memahaminya tetapi mereka memilih untuk menolaknya dan ada pula yang tidak memperlajari dan faham mesej tentang Islam tetapi meninggal dunia sebagai orang bukan Islam.

“Di antara mereka pula ada yang tidak tahu menahu langsung apa itu Islam, sebagai contoj seseorang yang tinggal di sebuah pulau atau seseorang yang tinggal di New York, yang apa bila ditanya tentang Islam mereka akan bertanya kembali, Apa?

“Kemudian, ada kumpulan yang mendapat kefahaman salah tentang Islam seperti mereka pergi ke laman web anti-islam dan kemudian mempercayai semua maklumat di laman web berkenaan sebagai yang bercanggah tentang Islam,” katanya.

Ustaz Majed kemudian mengambil contoh kata-kata para ulama’ terdahulu tentang bagaimana manusia tidak boleh menjatuhkan hukuman di akhirat bagi seseorang manusia lain hanya kerana mereka meninggal dunia bukan sebagai seorang Islam.

“Sebagai contoh, Ibn Kathir, Ibn Al-Qayyim, Al-Lajna Ad Daemah dan banyak lagi para ulamak lain yang, mereka berkata kita tidak boleh memastikan orang yang mati dalam keadaan bukan Islam akan ke neraka atau syurga kecuali Allah S.W.T yang merupakan hakim yang akan memberikan ujian paling adil kepada mereka.

“Jika mereka berjaya dalam penilaian, mereka akan ke syurga, jika gagal mereka akan ke neraka,” katanya.

Beliau berkata, kata-kata ulamak itu diperkuatkan dengan dalil dari Surah Al-Isra’ ayat ke-15, Allah S.W.T berfirman :-

“Sesungguhnya kami tidak akan mengazab mereka sehingga mereka memahami dan belajar mengenai Islam,”

Menurut beliau, oleh itu ada kemungkinan bahawa semua orang akan ke syurga jika berjaya melalui penilaian oleh Allah, menurutnya.

“Anda tidak akan tahu, anda akan mungkin melihat Paul Walker di dalam syurga?,” katanya.

0 comments:

Post a Comment