Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 10, 2013

No Comment

Kebanyakan pengembara sama ada yang baru atau berpengalaman pasti sependapat bahawa perancangan kembara ke luar negara memerlukan usaha yang tinggi.

Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk soal pemilihan lokasi percutian dan bajet. Namun, atas perkembangan teknologi hari ini, wujud pelbagai jenis program panduan pengembaraan di pelbagai platform sama ada di kaca televisyen, majalah atau blog serta laman web.

Bagi memeriahkan lagi budaya mengembara yang kini menjadi trend kehidupan khususnya golongan muda-mudi, program log pengembaraan (travelog) berjudul Destinasi Bajet turut dihasilkan dalam paparan yang segar dan berbeza.

Memasuki musim ketiga, program selama setengah jam ini memaparkan cerita dan panduan berguna daripada pengembara sebenar dengan bajet yang munasabah.

Tidak berseorangan, pada musim terbaru ini pengacara Qi Razali ditemani dua temannya, Razif Hashim dan Diana Rusdi untuk berkongsi pengalaman dan paparan istimewa bersama penonton.

Peng-urus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul, berkata ntv7 amat teruja menyiarkan musim terbaru Destinasi Bajet yang mendapat respons baik penonton pada dua musim lalu.

“Program yang penuh inspirasi ini memberikan panduan bahawa semua orang boleh mengembara, walaupun dengan bajet yang kecil dan terhad.

“Mereka yang gemar mengembara akan mendapat banyak manfaat daripada program ini. Penonton akan menyaksikan gambar dan paparan visual daripada lokasi, aktiviti, makanan dan pengalaman ditimba pengacara-pengacara program ini nanti,” katanya dalam satu kenyataan media.

Lebih menarik lagi, pada musim ini, Destinasi Bajet akan menerokai lokasi lebih jauh di luar Malaysia termasuk Hanoi, Saigon, Bangkok, Yogyakarta, Bandung, Banda Aceh dan Bali.

Malah, program berkenaan turut memaparkan visual pengembaraan Qi dan rakan-rakan ke lokasi dalam negara seperti Pulau Pinang, Taiping dan Endau Rompin, berbekalkan bajet rendah.

Pada musim ini, Qi akan dibekalkan bajet RM300 untuk destinasi dalam negara dan RM700 (rantau Asia Tenggara).

Penerbit Eksekutif, Michael Christian Simon, berkata kemunculan dua lagi pengacara Razif dan Diana mewarnai penyampaian program ini kepada penonton kerana personaliti dan gelagat bersahaja mereka.

“Kami teruja menampilkan pengacara wanita (Diana) untuk pertama kali dalam program ini bagi berkongsi pandangan dan pengalamannya sebagai pengembara wanita bersama penonton.

“Ia adalah waktu yang tepat untuk berkongsi tip mengembara ke rantau ini dengan bajet yang kecil memandangkan harga tiket penerbangan sekarang ditawarkan dengan harga murah,” katanya.

Destinasi Bajet musim ketiga kini ditayangkan bermula Khamis lalu pada jam 8.30 malam di ntv7. Penonton yang terlepas episod mingguan di tv boleh melayari laman web www.tonton.com.my. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment