Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 10, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Orang ramai bukan sahaja dapat bercuti keluar negara malah berpeluang menghabiskan masa dan mengenali lebih rapat artis kesayangan mereka seperti Zizan Razak, Johan As’ari, Izzue Islam, Imam Muda Ashraf dan Jaafar Onn melalui pakej percutian kendalian Safirgotravel.com.

Pengarah (Penjualan dan Pemasaran) agensi pelancongan itu, Muhamad Abd. Latif @ Ahmad Jazree Jazran berkata, promosi melancong bersama artis ini menawarkan lima destinasi menarik.

“Promosi melancong bersama artis ini bukan sahaja bercuti malam dapat bermesra dan layanan istimewa daripada artis kesayangan mereka.

“Kita juga tidak mengenakan harga yang tinggi kepada pakej istimewa ini, malah harga yang berpatutan seperti pakej biasa yang ditawarkan,” katanya pada sidang media pelancaran pakej pelancongan istimewa Safirgotravel, di sini, Isnin.

Beberapa negara seperti Abu Dhabi dan Dubai, Hongkong, Indonesia serta India dipilih mengikut kesesuaian selebriti masing-masing.

“Imam Muda Asyraf akan mengembara ke tanah Jawa dan akan melawat tempat-tempat istimewa Wali Singo dan tempat bersejarah pada 2 hingga 6 Disember depan, manakala Jaafar Onn akan melawat negara India dan mencari makanan-makanan terkenal di negara tersebut pada 6 hingga 11 Disember.

“Sementara Zizan Razak dan Johan akan mengembara dan melancong di Abu Dhabi dan Dubai dengan melawat tempat-tempat menarik di sana pada 17 Hingga 22 November depan,” katanya.

Sementara itu, Izzue Islam akan berhibur di kota keriangan Disneyland dan Macau selama enam hari lima malam pada 16 hingga 21 Disember.

Tambah Muhamad, segala kemudahan hotel dan penerbangan dipilih bertaraf empat bintang dan menjanjikan keselesaan kepada pelancong.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai harga boleh melayari laman web www.safirgotravel.com atau menghubungi 03-89204090. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment