Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 11, 2013

No Comment

CHINA – Budak malang yang terpaksa menderita selepas matanya dicungkil oleh penyerang, dipercayai ibu saudaranya sendiri, telah menjalani pembedahan bagi membolehkan dia menerima mata palsu.

Budak itu, Bin Bin menerima rawatan berkenaan secara percuma daripada pakar mata yang berpengkalan di Hong Kong, Dennis Lam.

Proses pemulihan itu akan melibatkan pembedahan untuk membolehkan Bin Bin menerima mata palsu dan kemudiannya memasukkan pengimbas untuk membantunya berjalan.

Pembedahan pertama itu memakan masa selama empat jam.

Namun jika tidak cukup tisu untuk menyokong bola mata itu, maka doktor terpaksa menggunakan kulit dan lemak di bahagian punggungnya.

Implan mata itu akan dilekatkan ke tisu dan otot, bagi membolehkan ia bergerak secara normal.

Dia perlu mengambil masa selama sebulan untuk kembali pulih sebelum prosthesis dilekatkan, agar mata Bin Bin kelihatan normal

0 comments:

Post a Comment