Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 7, 2014

No Comment
Al-Sisi
KAHERAH - MESIR. Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin dengan angkuh menyatakan bahawa beliau akan 'menghapuskan' Ikhwanul Muslimin jika dilantik sebagai presiden baharu negara itu.

Al-Sisi membuat kenyataan tersebut ketika diwawancara sebuah stesen televisyen sempena kempen pilihan raya yang sedang rancak berlangsung.

Beliau turut membuat tuduhan melulu  dengan mendakwa gerakan itu sebagai dalang kempen pengeboman dan keganasan di Mesir.

Menurutnya, gerakan itu kononnya menggunakan pelbagai nama kumpulan bersenjata untuk mengaburi mata pihak berkuasa ketika melancarkan serangan.

Al-Sisi turut mendedahkan beliau nyaris menjadi sasaran cubaan bunuh, namun bekas pemimpin tentera itu enggan memberikan butiran lanjut mengenainya, laporan dipetik dari Al-Jazeera.

0 comments:

Post a Comment