Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 7, 2014

No Comment
Zul Iskandar

Dua syiling yang ditemui syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd semasa melakukan kerja-kerja mengorek batu di Pulau Nangka.


BANDARAYA MELAKA – Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zul Iskandar Ramlee berhasrat untuk melakukan kajian usia dan asal usul artifak susulan pencarian harta karun di Pulau Nangka.

Beliau bersama rakannya, Junaidi Abdul Rashid berminat untuk melakukan kajian berkenaan apabila baru-baru ini syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd menemui dua syiling, semasa melakukan kerja pengorekan batu di pulau itu.

Katanya, Junaidi seorang pakar arkeologi dan pernah menjadi penolong pegawai warisan di Jabatan Muzium Negara.

Hanya beberapa peralatan asas arkeologi dibawa mereka sebagai persiapan melakukan kajian sekiranya artifak terbabit ditemui.

“Memang ada beberapa bongkah batu yang perlu dialihkan dan jika proses itu selesai, dijangka mereka akan menemui ruangan tempat menyimpan harta ini.

“Kami akan membantu menentukan jenis, usia dan asal usul artifak serta analisis arkeologi hanya akan dilakukan di pulau ini.

“Artifak ini tidak akan dibawa keluar dari ruangan gua kerana ia membabitkan banyak prosedur termasuk perundangan dan lain-lain perkara,” katanya.

Setakat ini, mereka hanya menyediakan pelan tapak dan beberapa peralatan asas sebelum membuat kajian termasuk merakamkan semua kegiatan di dalam ruangan yang dipercayai tersimpannya harta karun berkenaan.

Terdahulu, kerja-kerja mengeluarkan bongkah batu seberat 18 tan diteruskan sehingga semalam selepas peralatan digunakan tidak mampu mengangkat bebanan seberat itu.

Kini kisah harta karun  didakwa bernilai berbilion ringgit itu menjadi bualan hangat. - SinarOnline

0 comments:

Post a Comment