Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 7, 2014

No Comment
Kes penculikan terbaru di perairan Sabah, pagi semalam membabitkan seorang pengurus ladang ternakan ikan sangkar.
Kerajaan negeri Sabah akan mengeluarkan perintah berkurung di kawasan tertentu di negeri itu susulan siri kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, lapor Malaysiakini.

Musa mengumumkan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) hari ini selepas kejadian penculikan tersebut.

"Kita melihat keadaan ini sebagai satu ancaman yang membimbangkan. Ini adalah satu keadaan yang serius di mana ia perlu dibanteras secara habis-habisan," katanya sebagaimana dipetik laman web itu.

Pagi semalam seorang lagi diculik kumpulan bersenjata berhampiran Lahad Datu, Sabah.

Dalam kejadian terbaru itu, seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata di Pulau Baik.

Mangsa dikenali sebagai Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao, China.

Zai Lin bekerja di syarikat Wonderful Terroce Sdn Bhd milik warga China dari Hong Kong sejak tiga tahun lalu.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohamad Mantek mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataannya, Musa berkata, tiada pergerakan dibenarkan sama sekali di kawasan perintah berkurung tersebut.

“Tidak ada pergerakan dibenarkan (di kawasan perintah berkurung) dan polis akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini," kata kenyataan itu.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan kawasan kawalan, yang mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan tertentu.

“Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan kawasan kawalan ini,” katanya.

Musa mengumumkan 9 langkah utama yang akan dilaksanakan iaitu:

1.Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control  Area iaitu mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan. Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit polis.

2.Mewujudkan pangkalan hadapan atau Forward Base  di kawasan strategik untuk memantau keselamatan perairan Sabah.

3.Melaksanakan Kawasan Perintah Berkurung di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan polis akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.

4.Langkah jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan termasuklah membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai dan anggota Esscom, mewujudkan radar berkeupayaan tinggi.

5.Meningkatkan keupayaan pasukan keselamatan khususnya daripada segi logistik seperti jumlah bot laju berkeupayaan tinggi di kawasan berisiko tinggi.

6.Mengukuhkan pelaksanaan gerak saraf dan  perang saraf untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjadi barisan pertahanan di Esscom.

7.Memperbaiki segera saluran dan Standard Operating Procedure (SOP) komunikasi Esscom supaya maklumat segera  disalurkan dengan pantas kepada semua agensi keselamatan di lapangan.

8.Menguatkuasakan Designated Route dengan segera di kawasan yang berisiko di mana pergerakan bot dan kapal mesti mengikut laluan yang dibenarkan sahaja.

9.Meningkatkan keupayaan logistik seperti mewujudkan sokongan logistik melalui konsep kapal induk untuk menjadi hab atau pelantar bagi pengisian minyak oleh bot laju tanpa perlu balik ke daratan yang mengambil masa dan kos. – 7 Mei, 2014.

0 comments:

Post a Comment