Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – PAS boleh dipersalahkan jika calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud tewas.

Ahli Parlimen Serdang daripada Parti DAP, Dr. Ong Kian Ming mendakwa, ia berikutan pendirian PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

“Kita tidak boleh memandang mudah kemungkinan impak ke atas pengundi Cina di Teluk Intan daripada langkah PAS untuk melaksanakan hudud.

“Faktor ini boleh mengurangkan sokongan kaum cina ke atas DAP. Faktor Dyana Sofya tidak selalu di Teluk Intan sebelum ini dan usianya terlalu muda juga boleh menyumbang kepada kekalahannya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Kian Ming tidak menolak kemungkinan Dyana Sofya akan tewas dalam PRK Teluk Intan kali ini kerana sokongan kaum Cina dijangka merosot antara lima hingga 15 peratus.

Justeru, beliau mengakui langkah DAP mewar-warkan Dyana Sofya sebagai calon `bukan pilihan’ dalam PRK Teluk Intan sejak kempen bermula bertujuan meraih simpati pengundi di daerah itu.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment