Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment

Selepas penat diasak soalan berkaitan keahlian beliau dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), ibu calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mengisytiharkan dirinya bukan lagi ahli pertubuhan itu.

Yammy Samat berkata, keputusan itu diambil selepas ia asyik ditanyakan soalan yang sama oleh wartawan tentang kaitannya dengan Perkasa, menurut laporan Mstar Online.

Menurutnya, beliau sebenarnya tidak lagi bersetuju dengan pendirian Perkasa selepas ia mengubah haluan dengan mengambil sikap untuk campur tangan dalam hal politik.

“Saya nampak tujuannya sudah tersasar maka saya bertindak untuk keluar (dari Perkasa). Saya menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu kerana mahu membantu orang Melayu.

“Saya merasakan terdapat banyak cara lagi untuk membantu orang Melayu daripada membabitkan dalam hal politik,” katanya pada sidang media selepas Dyana mengumumkan manifesto pilihan rayanya di Teluk Intan hari ini.

Pada malam Isnin di ceramah anjuran DAP di Taman Industri Anson, Yammy membuat pengakuan kepada media bahawa beliau merupakan ahli Perkasa, selain masih menjadi ahli Umno.

Menurut Yammy, beliau hanya memberitahu Dyana mengenai keahliannya dalam Perkasa baru-baru ini dan tidak banyak yang dikongsikan bersama anaknya itu.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak lagi aktif dengan Perkasa sejak lebih setahun,” katanya.

‪Ditanya sama ada kedudukannya sebagai ahli Perkasa akan mempengaruhi undi Dyana, Yammy berkata, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana yang bertanding adalah Dyana, bukan ibu Dyana.

‪”Jika saya dikatakan menjejaskan peluang Dyana itu terpulang kepada mereka. Seseorang yang berfikiran terbuka dan pandai sudah tentu boleh menilai,” katanya.

Dyana pada Isnin akhirnya mengaku ibunya pernah terlibat dalam Perkasa dan beliau sendiri pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada 2008.

Terdahulu, Dyana dalam satu sidang media menafikan keanggotaan ibunya dalam pertubuhan itu.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment