Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 23, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR “I Love you,” kata Datuk Ibrahim Ali kepada Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang bertindak menyerbu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi membantah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, RSN Rayer yang menggelar Melayu UMNO sebagai celaka.

Sambil memuji dan menyifatkan tindakan Pemuda itu sebagai berani, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, pemimpin DAP harus bersedia menerima tindak balas daripada orang Melayu setelah dihina sedemikian rupa.

“Kamu (DAP) yang jual dulu, kita (Melayu) belilah,” katanya mengulas kenyataan ADUN Seri Delima itu yang menuduh Melayu sebagai celaka ketika sesi persidangan DUN Pulau Pinang semalam.

Berikutan itu, sekumpulan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyerbu masuk ke dewan persidangan untuk mendapatkan Rayer, bagaimanapun wakil rakyat itu dikatakan tidak hadir.

Ibrahim berkata, DAP dan bangsa lain yang bukan Melayu tidak pernah bersikap anak jantan apabila mereka berdepan dengan situasi tindakan balas daripada pihak yang dihina.

“Walaupun bukan Melayu tidak henti-henti menghina orang Melayu dengan kata-kata buruk, orang Melayu tetap bersabar, tetapi apabila kita bertindak balas, mereka menuduh kita jahat.

“Siapa jahat? Kamu, DAP atau kami orang Melayu? Siapa yang lantang menghina Melayu kalau tidak DAP. Apabila kita bertindak, kamu menuduh Melayu rasis dan sebagainya,” katanya sambil memberi amaran Perkasa tidak akan berdiam diri lagi jika Melayu terus dihina.

Sumber: Malaysia Gazette

0 comments:

Post a Comment