Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment
Honda dan Kagawa
TOKYO - Jurulatih Jepun, Alberto Zaccheroni berjanji, juara Asia, Jepun tidak gentar berdepan sesiapa sahaja pada Piala Dunia di Brazil, bulan depan selepas mengumumkan senarai awal 23 pemain yang bakal menggalas cabaran Samurai Blue, diketuai bintang tengah AC Milan dan Manchester United, Keisuke Honda serta Shinji Kagawa.

Pengendali kelahiran Itali itu menegaskan, Jepun akan memberi tentangan hebat kepada jaguh Afrika, Ivory Coast dalam perlawanan pembukaan pada 14 Jun, sambil menegaskan reputasi pasukan yang bertanding tidak memberi sebarang makna dalam aksi sebenar.

“Kami menghormati lawan kami tetapi tidak sesekali gentar menentang mereka.

“Kalau anda turun dengan diselubungi ketakutan, maka anda berada dalam masalah besar. Kami perlu bersiap dan menyerlahkan kualiti yang ada pada pasukan.

“Kami memiliki ramai pemain yang mampu menyerang,” kata ­Zaccheroni, sebulan sebelum pasukannya menentang skuad Ivory Coast yang dibarisi bintang besar seperti Didier Drogba dan Yaya Toure.

Selain Ivory Coast, Jepun, pe­nyandang juara Asia turut diletak dalam Kumpulan C bersama Colombia dan Greece. Di atas kertas, mereka memiliki peluang baik untuk melangkah ke peringkat kalah mati seperti yang dilakukan pada 2010.

“Saya sudah ada bayangan skuad yang akan diturunkan, namun ketika ini saya mahu melakukan penilaian ke atas seramai mungkin pemain.

“Sukar untuk mengecilkan pasukan kepada hanya 23 pemain. Kalau boleh, saya mahu menghubungi (Presiden FIFA) Sepp Blatter dan meminta beliau membenarkan kami menyenaraikan lebih ramai pemain.

“Bagaimanapun kumpulan pemain yang terpilih ini tahu bagaimana hendak bermain dengan baik dalam taktik yang mahu saya terap­kan. Mereka juga memahami etika pasukan,” katanya lagi.

Pada ketika pemilihan Honda dan Kagawa sudah dijangka, Zaccheroni membuat kejutan dengan memanggil semula penyerang ve­teran, Yoshito Okubo.

“Dia ada pengalaman dan tahu selok belok permainan. Dia juga boleh membawa perbezaan kepada pasukan,” kata Zaccheroni ketika menjelaskan mengapa dia memilih pemain berusia 31 tahun itu.

Gandingan Honda dan Kagawa bakal menjadi sandaran Jepun untuk memacu jentera serangan pa­sukan di Brazil.

Zaccheroni yakin, Kagawa akan memberi impak kepada pasukan, manakala karakter Honda yang bertenaga akan memberi kekuatan di bahagian tengah.

Sumber: AFP / Utusan Harian

0 comments:

Post a Comment