Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 18, 2014

No Comment
Duangchay Phichit
VIENTIANE - LOAS.  Sekurang-kurangnya 14 penumpang termasuk Menteri Pertahanan Laos terbunuh selepas pesawat tentera udara dinaiki terhempas di wilayah Xiangkhuang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi (waktu tempatan) itu, Duangchay Phichit yang juga Timbalan Perdana Menteri dan beberapa pegawai kanan termasuk Gabenor Vientiane sedang dalam perjalanan ke majlis rasmi anjuran Kementerian Pertahanan menaiki pesawat Antonov AN-74TK-300.

Jurucakap Jabatan Penerbangan memaklumkan, antara yang terbunuh ialah Menteri Keselamatan Awam ; Thongban Saengaphon, Datuk Bandar; Vientiane Soukan Mahalat dan Ketua Parti Propaganda; Chuang Sombounkhan.

"Mayat mangsa akan dibawa pulang ke Viantiane hari ini (semalam). Tiga penumpang dipercayai selamat dalam kemalangan terbabit," katanya dipetik DPA

Oktober tahun lalu, kapal terbang awam kendalian Lao Airlines menjunam ke dalam Sungai Mekong akibat cuaca buruk dan mengorbankan kesemua 49 penumpang di dalamnya.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment