Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

NEW DELHI – Pilihan raya umum di India masuk fasa terakhir semalam apabila berjuta-juta penduduk di negeri Uttar Pradesh, Bihar dan West Bengal keluar mengundi untuk memilih pemimpin baharu negara itu.

Pilihan raya tersebut dianggap yang terbesar di dunia apabila seramai 814 juta pengundi akan menentukan pemimpin mereka dalam proses pengundian yang mengambil masa selama lima minggu itu.

Tiga negeri tersebut merupakan negeri terakhir mengadakan pilihan raya dan keputusan pilihan raya di negara itu dijangka mula dikeluarkan Jumaat ini.

Beribu-ribu penduduk di bandar Varanasi di negeri Uttar Pradesh berbaris panjang dalam cuaca panas untuk membuang undi manakala di negeri West Bengal empat cedera dalam satu pergaduhan.

Pergaduhan dilaporkan tercetus di sebuah kampung kira-kira 35 kilometer dari bandar Calcutta apabila seorang lelaki didakwa melepaskan tembakan yang menyebabkan empat pekerja sebuah parti politik cedera.

Sementara itu, calon Perdana Menteri, Narendra Modi daripada parti pembangkang, Parti Bharatiya Janata yang menjanjikan perubahan ekonomi dilihat mengekalkan momentumnya dalam pilihan raya kali ini.

Narendra yang merupakan Ketua Menteri Gujarat sebelum ini menerima pujian kerana berjaya mengukuhkan perkembangan ekonomi di negeri tersebut.

Beliau ditentang oleh ketua parti antirasuah India, Arvind Kejriwal dan Ajay Rai daripada Parti Kongres.

Sumber: My News Hub / Agensi

0 comments:

Post a Comment