Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 9, 2014

No Comment

Persis dalam filem, seorang wanita tersedar daripada koma selepas suaminya memasang lagu cinta yang dimainkan pada hari perkahwinan mereka.

Maria Neal, 48, tiba-tiba pengsan ketika meraikan majlis hari lahir suaminya, Steve, 46, lalu dikejarkan ke hospital.

Dia mengalami strok ketika dalam ambulan dan tidak lagi sedarkan diri dan bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas itu. Doktor menyatakan harapan untuknya hidup tipis lalu meminta keluarganya bersiap sedia bagi sebarang kemungkinan.

Sejak itu suami dan anak-anak Neal iaitu Kyrstie, 20, Kurtis, 18, Keiran, 16 dan Kameron, 14, sentiasa berada di sisinya di katil hospital.

Pada hari ketujuh Neal mengalami koma, Steve mula memasang dua lagu kegemaran mereka iaitu Unchained Melody oleh Righteous Brothers dan Simply Red’s If You Don’t Know Me (Now) yang berkumandang ketika mereka menari di hari perkahwinan mereka.


Lagu tersebut dipasang menerusi telefon bimbit Steve lalu diperdengarkan kepada Neal dengan air mata mengalir membasahi pipi lalu menitis ke atas isterinya.

Alangkah terkejutnya mereka sekeluarga apabila dalam masa sejam sahaja selepas mendengar lagu tersebut, Neal mula menunjukkan respon pertama iaitu menggerakkan lengannya.

Dua hari kemudian, Neal mula membuka mata dan keadaannya bertambah baik sejak hari itu.


Bagaimanapun hingga kini, doktor memaklumkan bahawa Neal tidak dapat lagi bergerak seperti biasa kesan daripada strok yang dialaminya sebelum ini.

Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

0 comments:

Post a Comment