Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 15, 2013

No Comment
Ahmad tidak mahu Khairy terus hentam beliau di media massa.

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail bersedia bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan secara serius mengenai masa depan sukan itu.

Jelasnya, beliau menyambut baik hasrat Ketua Pemuda Umno itu yang bercadang untuk mengaturkan perjumpaan dengan PSM memandangkan ia adalah langkah terbaik daripada terus bertelagah mulut di media massa.       

“Inilah budaya bangsa kita. Kalau dia berbudi, kita berbahasa. Lagipun saya rasa inilah langkah terbaik patut dibuat Khairy daripada menghentam saya di media massa tanpa usul periksa.

"Duduk semeja adalah perkara yang dituntut bagi menyelesaikan sesuatu masalah, saya sedia berjumpa sesiapa sahaja termasuk dirinya pada bila-bila masa.

"Cuma mungkin bukan minggu ini kerana saya mempunyai urusan di luar negara dan sekiranya benar apa yang diperkatakan Khairy, saya rasa bulan depan masa yang sesuai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Khairy dilaporkan tengah menunggu masa sesuai untuk berjumpa dengan Ahmad daripada terus berperang dalam media semata-mata untuk mengulas kemerosotan skuad sepak takraw negara.

Katanya, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti beberapa aspek sebelum berjumpa dengan Ahmad memandangkan terlalu banyak pandangan serta aduan yang menyatakan kepincangan dalam perkara ini.

Menyentuh mengenai komen Khairy supaya beliau perlu insaf susulan kemerosotan prestasi yang melanda sukan itu sejak kebelakangan ini, Ahmad membidas dan mempersoalkan tindakan menteri itu.

"Dia atau saya yang perlu insaf?.. Bagi saya tiada apa yang perlu diinsafkan kerana saya dipihak yang benar. Sepatutnya dia (Khairy) yang harus insaf sebelum memberi kenyataan tanpa usul periksa dan terus menggunakan media untuk menghentam.

"Tapi tak apalah, kita tunggu nanti bersemuka, masa itu baru kita tahu siapa yang perlu insaf dalam hal ini," tegas Ahmad.

Arena sepak takraw menjadi tumpuan awal bulan ini selepas kekalahan mudah barisan pemain elit negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF hingga mencetuskan reaksi kurang senang pelbagai pihak termasuk Khairy yang bercadang menyekat peruntukan PSM dan mahu mereka tampil dengan pelan pemulihan agar sukan tradisi itu kembali digeruni di pentas antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment