Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 6, 2013

No Comment

KEJADIAN perompak, penyamun, perogol dan penjenayah menyamar sebagai anggota polis kini semakin kerap pula dilaporkan berlaku. Jika di laman sosial Facebook, ada sahaja video atau kisah dikongsikan mengenai suspek yang menyamar sebagai anggota polis ditahan.

Di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia dikongsikan sebuah kisah yang dihantar oleh seorang pengunjung setia laman itu tentang kejadian rompak melibatkan taktik penyamaran ini berlaku.

Kes berlaku pada 31 Ogos lalu kira-kira pukul 11 malam di kawasan kediaman berhampiran Pasar Besar Gombak.

CERITA PENGUNJUNG BERKENAAN

Minggu lepas keluarga rakan saya yang saya gelarkan T dirompak oleh dua lelaki yang menyamar sebagai polis dan ingin memeriksa rumah T. Insiden berlaku pada kira-kira pukul 11 malam pada 31 Ogos.

Selepas berjaya memasuki rumah T, mereka mengumpulkan semua empat orang ahli keluarga T iaitu tiga wanita dan seorang lelaki serta diikat di dalam sebuah bilik.

Kemudian, penyamun mula menggeledah rumah T untuk mencari barang-barang berharga. Salah seorang suspek mengheret ibu T ke dalam sebuah bilik lain dan memaksa wanita itu memberitahu di mana semua barang berharga disimpan.

Oleh kerana mereka begitu terkejut, tidak ada seorang pun dari ahli keluarga T yang dapat mengecam jenis kenderaan yang digunakan dua lelaki itu.

Menurut mangsa, perompak itu mempunyai badan yang tegap seperti mereka yang selalu bersenam di gimnasium.

Saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati jika didatangi lelaki yang mengaku diri mereka sebagai polis dan meminta izin untuk memasuki rumah, periksa kenderaan mereka, kad kuasa mereka dan juga waran mereka.

Antara barangan yang disamun oleh perompak dalam kejadian itu ialah barangan kemas bernili RM15,000, sebuah iPad dan dua telefon pintar.

Laman Facebook berkenaan turut berpesan kepada orang ramai jika didatangi mereka yang mencurigakan, minta dari mereka kad kuasa mereka sebagai polis atau terus telefon ke nombor kecemasan 999.

Jika ada pegawai polis kerap meronda kawasan anda, kenali mereka dan dapatkan nombor telefon mereka supaya mereka senang untuk dihubungi.

Turut dikongsikan paparan satelit di mana lokasi insiden rompakan itu berlaku.

OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment