Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 6, 2013

No Comment

PELAKON yang aktif dengan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan sejagat, Angelina Jolie bakal dikurniakan Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt pada majlis Anugerah Gabenor 2013 yang akan diadakan pada November ini.

Aktres berusia 38 tahun ini akan menerima sebuah trofi yang mengiktiraf individu dalam industri perfileman yang aktif serta prihatin dengan masalah kemanusiaan bukan sahaja di negara kelahirannya bahkan di seluruh dunia.

Antara sebab-sebab yang melayakkan tunang Brad Pitt itu menerima anugerah tertinggi itu ialah kerana di atas sumbangannya menggembara ke negara-negara luar termasuk negara dunia ketiga sejajar dengan tugasnya sebagai Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jolie dijadualkan menerima anugerah itu di Hollywood & Highland Center pada 16 November ini.

Oleh:  AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment