Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 10, 2013

No Comment

Bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zailani mendedahkan dia tidak berniat untuk memarahi pelakon itu di dalam laman Twitter miliknya.

Zaidy dilihat menulis dengan bahasa yang kasar serta diselitkan dengan beberapa kata yang kurang enak didengar berikutan kemalangan yang berlaku Ahad lepas.

Dia juga mengakui itu adalah luahan rasa kerana emosinya yang tidak dapat dikawal ketika menerima berita kemalangan yang menimpa anak perempuannya, Keisha Laila, 4.

“Benar, saya memarahinya ketika dalam panggilan dan turut meninggikan suara kerana saya terlalu risaukan keadaan Keisha.

“Memang saya marah kerana saya bapa dia dan saya tak boleh bayangkan bagaimana keadaan Keisha ketika itu,” katanya kepada portal Murai.

Walaupun agak berang pada mulanya, namun Zaidy redha akhirnya dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu.

Zaidy dan Nabila pun khabarnya sudah bermaafan di antara satu sama lain untuk menjaga hubungan baik demi anak tunggal mereka itu.

Sementara itu, aktres berbakat besar itu dilaporkan mengalami kecederaan tulang belakang dan doktor menasihatkannya untuk berehat selama tiga hari.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment