Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau meneroka kemungkinan membentuk kerajaan campuran antara saranan pemerhati politik dalam menangani perkembangan terbaru politik di negeri itu sekarang.

Menyifatkan perkembangan politik yang mendepani kerajaan negeri itu lebih kepada krisis ‘peribadi’ berbanding parti, mereka berpandangan, perkembangan itu perlu ditangani segera.

Timbalan Dekan di Universiti Sains Malaysia (USM) Dr S.K Sivamurugan Pandian berpendapat langkah membubarkan DUN wajar diambil sekiranya pendekatan memujuk tiga wakil rakyat daripada Umno yang mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, gagal.

 ”Jalan segera untuk menyelesaikan isu ini ialah untuk memujuk tiga wakil rakyat itu untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN), tetapi jika gagal, BN tidak ada pilihan melainkan membubarkan dewan undangan negeri,” katanya kepada Bernama.
Terengganu menjadi tumpuan sejak semalam selepas Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal, meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu malam tadi.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment