Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berikutan tindakan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) termasuk Datuk Ahmad Said mengisytiharkan keluar daripada parti itu semalam.

Menurut sumber, khabar angin mengatakan DUN Terengganu sudah dibubarkan adalaha tidak benar.

“Setakat pukul 1.30 petang ini, baginda sultan Terengganu belum memperkenankan pembubaran dewan. Jadi berita itu tidak benar,” kata sumber itu ketika dihubungi New Malaysian Post.

Malam tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu di depan Sultan Terengganu, namun enam Adun Umno tidak menghadiri majlis bersejarah itu termasuk Ahmad.

Ahmad bersama dua lagi ADUN UMNO, Roslee Daud (Bukit Besi) dan Ghazali Taib (Adun Ajil) menghantar surat meninggalkan UMNO dan mengisytiharkan menjadi Adun Bebas.

Ini menjadikan MB Terengganu hilang majoriti dalam DUN apabila hanya mempunyai 14 Adun berbanding Pakatan Rakyat 15 (PAS 14, PKR 1) dan Bebas 3 dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

Sementara itu, Yang Dipertua DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong menafikan kenyataan yang disebarkan di laman sosial mengenai pembubaran DUN Terengganu.

Beliau ketika dihubungi berkata, sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau kenyataan berhubung perkara itu.

Katanya, perkara itu tidak berlaku kerana mengikut prosedur, menteri besar perlu menghadap dan mendapatkan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, namun perkara itu tidak berlaku setakat ini.

Beliau turut tidak menolak kenyataan itu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan pergolakan yang berlaku di Terengganu ketika ini.

Sumber: New Malaysian Post

0 comments:

Post a Comment