Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

PETALING JAYA: Susulan keputusan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu mengumumkan keluar Umno meletakkan kerajaan negeri berkenaan berhadapan situasi genting sama ada  Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau pembangkang membentuk kerajaan baharu.

Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 11 kerusi milik Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi.

Bagaimanapun, PAS Terengganu yang mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan kerajaan negeri itu memutuskan supaya Menteri Besar Baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menyerah kepada rakyat untuk memilih semula kepemimpinan negeri.

Menurut sumber, PAS sedang berurusan dengan kerabat diraja Terengganu yang juga ahli PAS meminta supaya pemilihan secara demokrasi dilaksanakan di negeri berkenaan.

"PAS tidak mahu Adun Umno lompat parti atau menjadi wakil rakyat Bebas, sebaliknya menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat," katanya kepada mStar Online.

Mengulas isu sama, Penasihat Undang-Undang Ngeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada Bernama memaklumkan setakat ini BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu.

Ternyata, keputusan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi untuk menjadi wakil rakyat Bebas bakal mengubah senario politik negeri itu.

Dalam situasi ini, tentunya titah muktamad tetap pada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kerana baginda yang akan memutuskan untuk bertemu mengadap sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS atau Ahmad Razif.

Sejak awal pagi lagi, pintu Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu dipenuhi pelbagai pihak termasuk media bagi mengetahui status terkini kerajaan negeri berkenaan.

Tentu sekali kemelut ini memberi tamparan hebat kepada Ahmad Razif yang kurang 24 jam mengangkat sumpah jawatan itu.

Difahamkan, beberapa Adun Umno yang juga penyokong setia Ahmad Said akan mengumumkan keluar Umno dalam masa terdekat.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment