Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta rakyat dan ahli Umno bersabar dan bertenang berhubung konflik yang melanda Terengganu.

Menerusi komennya di Twitternya sebentar tadi, Hishamuddin dipetik berkata: “...minta semua sabar dan tenang serta rapatkan saf dulu.”

Menjawab soalan salah seorang pengikutnya di laman mikro itu supaya Umno berbuat sesuatu berhubung krisis itu, Hishammuddin menjawab, “Insya-ALLAH. Buat masa ni semua cool dan rapatkan barisan dulu.”

[ARTIKEL BERKAITAN: Pentadbiran Terengganu bakal bertukar tangan?]

Tambah Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, sebelum ini, Umno pernah melalui keadaan yang lebih mencabar berbanding apa yang berlaku sekarang.

“Kita dah lalui keadaan yang lebih teruk duhulu.

“Saya yakin ahli-ahli kita (Umno) di sana cukup matang,” katanya yang dipetik di Twitter, hari ini.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment