Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Berikut kronologi krisis politik Terengganu.

12 Mei:

- 6.30 petang : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup
dengan beberapa pemimpin Umno Terengganu.

- 8.30 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Sultan
Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk
Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei.

- 9.30 malam : Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Ahmad
Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala
Terengganu.

TERENGGANU-KRONOLOGI 2 (1 TENGAH HARI) (AKHIR) KUALA LUMPUR

* 13 Mei:

- 1 pagi : ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib umum
keluar Umno dan isytihar sebagai wakil rakyat Bebas.

- 8.30 pagi : ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar Umno dan jadi wakil
rakyat Bebas. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar,
Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

- 9.30 pagi : Kedudukan kerusi DUN Terengganu (32 kerusi) selepas Ahmad,
Ghazali dan Roslee umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas – BN (14), PAS
(14), PKR (1), Bebas (3).

- Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dengan
kedudukan kerusi pembangkang 15, BN 15 termasuk satu kerusi Speaker DUN
Terengganu, Bebas 3, BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu setakat
ini kerana merujuk kepada kerajaan mana yang memerintah selepas PRU13.

- 11.20 pagi : ADUN Kemasik Rosli Othman nafi keluar Umno dan jadi wakil
rakyat bebas.

- 12.30 tengah hari : ADUN Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee nafi keluar
Umno dan jadi wakil rakyat Bebas.

- 12.30 tengah hari : Ketua Polis Daerah Terengganu Datuk Jamshah Mustapa
berkata keadaan keselamatan di Terengganu terkawal dan orang ramai masih
menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment