Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Media mula berkumpul di hadapan Istana Nur Nadhirah di sini menantikan kemungkinan Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Wakil media berkumpul sejak 11 pagi menunggu ketibaan menteri besar yang dijangka mengadap Sultan Mizan dipercayai bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Ahmad Razif dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan, pada Isnin.

Jangkaan pembubaran DUN itu dibuat selepas tiga anggota DUN termasuk Ahmad yang juga ADUN Kijal, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) membuat keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Susulan daripada itu, Barisan Nasional kini memegang 14 kerusi daripada 32 kerusi DUN, diikuti PAS (14), PKR (satu) dan Bebas (3).

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment