Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

KANGAR – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menerima kemasukan sulung pelajar bagi sesi pertama Khamis ini dan sesi kedua bulan depan sebanyak 80 orang, kata Rektornya Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.

Beliau berkata, mereka merupakan pelajar program Asasi Muamalah dan Diploma Perbankan Islam.

Untuk permulaan, KUIPs menawarkan kursus diploma dalam Pengajian Islam (Usuluddin, Syariah) dan Pengurusan Harta Islam.

Peringkat ijazah dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam, Pentadbiran Perniagaan dan Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan).

Mohamad Mizan berkata, KUIPs ditubuhkan melalui unit wakaf Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) hasil pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 3 Mac 2013.

Beliau berkata, MAIPs menyediakan satu kawasan seluas 20 hektar berhampiran bandar Kangar untuk dijadikan kampus tetap KUIPs.

Pengurusan KUIPs telah membuat permohonan kepada Kementerian Pendidikan untuk membolehkan pengambilan pelajar dari Asia Tenggara, katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment