Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, Samui, Tioman dan Bunguran dijangka berterusan sehingga Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Ahad, angin dengan kelajuan dari 40 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Kenyataan itu juga menyebut angin kencang dan ribut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Condore dan Reef North turut dijangka berterusan sehingga Jumaat.

Keadaan angin kencang yang bertiup dari 50 kmsj serta ombak setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selangor, Johor Timur, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat)dan Bunguran juga dijangka berterusan sehingga lewat malam ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment