Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

One Comment


KUALA LUMPUR – Jika PAS Selangor kelihatan kurang bersetuju dengan pencalonan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor, DAP Selangor pula mempunyai pendirian berbeza.

Ia apabila Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam satu kenyataan media hari ini mengumumkan sokongan penuh DAP Selangor kepada Anwar dengan menyifatkan sokongan itu amat wajar diberikan DAP kepada PKR atas semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.

“DAP Selangor akan memberi sokongan dan semua bantuan kepada PKR bagi memastikan kemenangan Anwar. DAP tidak akan mengabaikan dan lebih teruk mengkhianati PKR semasa mereka dalam keadaan memerlukan.

“Kawan dalam keadaan memerlukan adalah kawan yang sebenar,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tony Pua berkata, kehadiran Anwar dalam DUN Selangor dapat membantu pakatan pembangkang di Selangor mencapai tahap yang lebih tinggi sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri contoh kepada negeri lain.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman semalam menegaskan PAS tidak akan masuk campur dalam urusan PKR menghadapi PRK DUN Kajang dan akan hanya menjadi pemerhati.

Beliau turut memberi peringatan kepada Anwar supaya tidak berangan dapat menjadi Menteri Besar Selangor kerana jawatan itu adalah hak milik PAS jika ia dikosongkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

1 comments:

  1. Memanglah, nak dapat jadi MB memang DAP xlepasi syarat. Memang xrela nk biar PAS perintah selangor, strategi terbaik sokong PKR supaya boleh menjadi boneka mereka

    ReplyDelete