Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar Islamic Solidarity and Charity Organization (Isco) kerana menggesa supaya penjualan daging babi secara terbuka di Lebuh Chulia, Jalan Kuantan dan Jalan C. Y. Choy di George Town, Pulau Pinang diharamkan.

Beliau mendakwa, penjualan daging babi secara terbuka di kawasan tersebut iaitu secara menggantung daging berkenaan di gerai-gerai telah lama dilakukan di kawasan terbabit dan tidak wajar dipersoalkan oleh Isco.

“Penjualan daging babi secara terbuka ini telah menjadi kelaziman sejak zaman penjajahan British. Kenapa baru sekarang hendak dijadikan isu sedangkan kawasan tersebut 95 peratus didiami penduduk bukan Islam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa, seramai 35 pegawai dan anggota polis tidak membantu Penolong Pegawai Daerah, Abu Hassan Osman semasa diserang sekumpulan lelaki pada 21 Januari lalu.

Dakwanya, walaupun pakaian Abu Hassan terkoyak selepas serangan tersebut, penyerangnya tidak diberkas oleh polis serta merta.

0 comments:

Post a Comment