PETALING JAYA – Penyanyi Syafinaz Selamat mengakui dia bukanlah seorang penggemar aktiviti sukan apatah lagi mahu bersenam untuk mengekalkan tubuh badan yang laingsing.
Syafinaz, 41, berkata, keadaannya yang tidak suka bersenam membuatkan dia terpaksa menumpukan pengambilan pemakanannya untuk mengekalkan berat yang ideal.
“Bukan senang sebenarnya nak jaga badan. Ada masanya berat kita naik dan turun. Tambah pula saya bukanlah seorang yang suka bersenam membuatkan cara penjagaan pemakanan lebih dititikberatkan.
“Saya terlalu serius dengan setiap pemakanan yang diambil, kalau tidak, berat badan saya mungkin akan naik dengan cepat,” katanya.
Tambah Syafinaz, dia juga turut mengamalkan minum air suam atau mineral dengan banyak serta mengambil makanan tambahan untuk memastikan tubuh badannya tidak lemah atau mudah jatuh sakit.
Dalam pada itu, beritahu Syafinaz lagi, sebagai seorang penyanyi, sudah menjadi kewajipannya untuk menjaga kecantikan diri kerana penampilannya akan menjadi perhatian utama masyarakat setiap kali muncul menyanyi di televisyen mahupun di acara pentas.
“Menjadi budaya negara kita bahawa masyarakat akan melihat penampilans eseorang artis dahulu sebelum bakat. jadi saya harus akur tentang perkara itu.
“Sebab itu saya jaga penampilan untuk kekal dalam industri dengan lebih lama selain menjaga kualiti nyanyian dan lagu,” ujarnya. – mStar Online
0 comments:
Post a Comment