Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

KOTA BHARU- Polis Kelantan berjaya merampas tujuh pucuk pistol tiruan dalam satu pemeriksaan ke atas seorang lelaki dalam Ops Cantas Khas di Jalan Pasir Mas-Salor, di sini, kelmarin.

Bertindak atas maklumat awam, pada jam 1.30 petang, sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva, dinaiki lelaki terbabit di hadapan sebuah kedai runcit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Idris Ab Rafar berkata, hasil pemeriksaan ke dalam kenderaan tersebut, pihaknya menjumpai sebungkus plastik berwarna hitam yang mengandungi tujuh kotak kecil.

“Dalam setiap kotak mengandungi sepucuk pistol dan tindakan lelaki itu menyorokkan pistol terbabit berjaya dikesan.

“Kesemua pistol tiruan berkenaan bertulis G.29 ‘Airsoft Gun’ itu turut ditemui bersama kelopak warna hitam. Suspek yang dipercayai bertugas sebagai guru swasta ditahan bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada sidang media di sini.

Beliau berkata, hasil temu bual yang dijalankan ke atas suspek, dia mengaku membeli barang kes tersebut di Golok, Thailand dan menyatakan harga sepucuk pistol tiruan dibeli dengan harga RM60.

“Lelaki itu tidak pasti tempat pembelian pistol berkenaan, kerana dibawa oleh seorang warga Thailand untuk ke sana.

“Suspek pertama kali ke Golok dan menurut suspek, dia membeli barangan tersebut untuk dijual kepada pelanggan-pelanggan melalui laman sosial facebook,” katanya.

Idris berkata, kebanyakan pelanggannya berada di Kuala Lumpur dan pistol berkenaan digunakan untuk menembak cicak dan tujuan permainan sahaja.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dan dilaporkan tiada rekod jenayah.

“Suspek direman empat hari bermula semalam. Kes disiasat di bawah seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 untuk siasatan lanjut,” katanya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment