Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 10, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menasihati calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) beragama Islam supaya memperbanyakkan doa serta solat hajat.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor berkata, doa dan solat hajat berupaya memudahkan calon tersebut menjawab kesemua soalan yang dikemukakan sekali gus mencatatkan kejayaan dalam peperiksaan itu.

“Hasil usaha gigih mengulangkaji pelajaran, menekuni ilmu, taat dan patuh kepada arahan ibu bapa, mendengar nasihat para guru di samping berdoa akan menjadi kunci kejayaan mereka dalam peperiksaan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kira-kira 478,848 calon menduduki peperiksaan UPSR di seluruh negara bermula hari ini.

Riduan seterusnya berkata, peperiksaan UPSR akan menjadi titik penentu langkah pelajar terbabit untuk mendaki puncak kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Menurut beliau, kejayaan generasi akan datang juga ditentukan melalui kecemerlangan yang ditunjukkan oleh yang mengambil peperiksaan UPSR tersebut.

0 comments:

Post a Comment