Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 10, 2013

No Comment

KUCHING – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak berjaya menyelesaikan 2,228 kes penceraian di kalangan pasangan Islam di negeri ini daripada 2,322 kes yang didaftar sepanjang tahun lepas.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, hanya 94 kes daripada jumlah keseluruhan yang didaftar pada tahun lalu masih tertangguh.

“Kes ini berjaya diselesaikan hasil prestasi baik berterusan yang ditunjukkan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak. Sebagai contoh sebanyak 2,025 kes penceraian turut berjaya diselesaikan daripada 2,085 kes didaftar pada tahun 2011,” katanya sambil berharap prestasi baik itu diteruskan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Persidangan Tahunan ke-15 Pegawai Syariah Seluruh Malaysia (PTPSSM) 2013, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah JKSM yang juga Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr Ibrahim Lembut.

Mengulas lanjut, Daud menyeru semua pihak yang terlibat dalam perundangan syariah untuk sama-sama menjaga imej institusi Kehakiman Syariah di negara ini.

“Institusi kehakiman Syariah haruslah bertindak secara profesional dalam menangani setiap persoalan perundangan syariah dan mengelakkan daripada membuat kesilapan yang boleh menjejaskan institusi kehakiman syariah,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment