Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 21, 2014

No Comment

BANGKOK – Kumpulan penunjuk antikerajaan semalam menyasarkan firma-firma yang didapati mempunyai kaitan dengan keluarga Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra bagi memaksanya meletakkan jawatan.

Ribuan penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) berarak di luar bangunan Shinawatra 3 di utara Bangkok bagi memaksa Yingluck meletakkan jawatan.

Firma yang beroperasi di pejabat itu mempunyai kaitan perniagaan dengan keluarga Yingluck.

Para penunjuk perasaan itu mendakwa keluarga Shinwatra melakukan rasuah dan penipuan.

Bagaimanapun, para penunjuk perasaan itu tidak memasuki bangunan tersebut.

Sebuah lagi kumpulan PDRC yang diketuai Monk Pu Buddha Issara memasuki Hotel SC yang dimiliki keluarga Shinawatra.

Kumpulan tersebut berpura-pura menjadi tetamu hotel dengan menempah sebanyak 20 buah bilik.

Ribuan petani telah membuat bantahan di Bangkok kerana marah disebabkan kegagalan kerajaan untuk membayar mereka harga padi yang dibeli menerusi skim subsidi padi.

Pihak hotel pada mulanya enggan untuk menerima para tetamu itu yang menyatakan mereka mahu untuk menaikkan harga padi.

Namun, pihak hotel bersetuju untuk membayar sebanyak AS$3,700 (RM12, 237) sebagai pampasan kepada para tetamu hotel tersebut dan wang deposit sebanyak AS$120 (RM).

Yingluck merupakan adik bongsu Thaksin Shinawatra.

Thaksin merupakan bekas Perdana Menteri yang telah digulingkan tentera pada tahun 2006.

Ketika itu, kerajaan Thaksin dituduh melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. – Agensi

0 comments:

Post a Comment