BENTONG – Polis Pahang sudah mengenal pasti suspek yang menembak mati Koperal Abdul Halim Md Ali dalam kejadian di kawasan Ladang LKPP, Jaya Gading pada 6 Jan lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata usaha memburu lelaki berusia lewat 20-an itu sedang giat dijalankan.
“Siasatan masih diteruskan sehingga kini, polis akan menjejaki suspek sehingga ke lubang cacing,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) Pahang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini.
Dalam kejadian itu, Abdul Halim yang juga bekas komando ditemui mati pada pukul 9.45 pagi dengan kesan tembakan di dada dan muka selepas hilang selama 12 jam ketika mengejar dua suspek membawa senjata api di kawasan ladang berkenaan. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment