Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 20, 2014

No Comment

KULIM – Lelaki yang cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat, di Lebuh Raya Kulim-Baling di sini pagi ini, meninggal dunia petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata mangsa yang dikenali sebagai S.Ganasepillay, 34, meninggal dunia pukul 6 petang, selepas dirawat di Hospital Kulim, akibat kecederaan teruk yang dialaminya akibat terkena beberapa das tembakan.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa membonceng motosikal yang ditunggang rakan wanitanya dari arah Taman Desa Aman, Sungai Karangan dekat sini menghala ke Lunas.

Semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dengan mengikuti mangsa dari arah belakang tiba-tiba seorang daripada mereka melepaskan beberapa das tembakan dipercayai mengenai bahagian rusuk dan dada mangsa.

“Akibat tembakan jarak dekat itu, mangsa terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Chin berkata, suspek kemudiannya meninggalkan lokasi kejadian menuju ke arah Lunas dengan sebuah motosikal bernombor pendaftaran PKT 7724.

Beliau berkata, siasatan awal polis menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian dan pihaknya juga tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu adalah akibat dendam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat melalui talian 012-5551341 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment